BBM Jam 2 Versi


 Jam ini mempunyai dua versi iaitu versi biasa, iaitu versi nombor rumi dan versi bahasa jawi.  

Bahan- bahan :
Kotak 
Gam
Gunting
Kertas warna
Pensil
Pembaris 
Benang
Jarum
Pin 
Kertas keras



Bahan-bahan


Buatkan bulatan di atas kotak dan gunting kotak tersebut.

Gunting kertas warna mengikut saiz kotak.

Lekatkan kertas warna di atas kotak tadi.

Pada kertas warna yang lain, lukis nombor dan guntingkan nombor yang telah dilukiskan tersebut.

Gunting dan lekatkan di atas bulatan jam yang telah kering.

Nombor yang telah dilekatkan dan biarkan sehingga kering.

Gunakan kertas keras, lukiskan bentuk jarum jam dan gunting mengikut jarum yang dilukis.


 
Letakkan jarum jam ditengah dan jahit agar jarum tidak jatuh. 




Hias ditengah jarum menggunakan kertas berbentuk bunga dan letakkan pin. Lekatkan kedua-dua jam versi rumi dan jawi.



Jam di bahagian versi rumi.
Jam di bahagian versi jawi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan