Ahad, 22 Mei 2016

Definisi Kanak-kanak






Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian.

Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak.

Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa.

Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Rujukan : 
http://kumpulansepuluh.blogspot.my/2010/04/pengenalan-dan-definisi-kanak-kanak.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan