Ahad, 22 Mei 2016

Peringkat lukisan kanak-kanak






Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya.



Terdapat beberapa pandangan tokoh terhadap lukisan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Antaranya ialah:

(a) Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2 – 4 tahun)

Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tidak terkawal dan lebih merupakan contengan. Lukisan ini lebih bergantung pada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Walaupun berupa contengan, namun mereka mengenal dan dapat menyebut rupa yang dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa.  Peringkat ini berkembang secara progresif dalam lingkungan umur 2 – 4 tahun.






Definisi Kanak-kanak






Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian.

Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak.

Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa.

Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Rujukan : 
http://kumpulansepuluh.blogspot.my/2010/04/pengenalan-dan-definisi-kanak-kanak.html


Apa itu lukisan?





Banyak pengertian tentang lukisan. antaranya: 

  • Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.  

  • Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yangdihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk,cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering. 

  • Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi keintelektual 'spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Lukisan ini dapat mengembangkan kedua (dua minda dan semangat) spirit. Justeru lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengingkatkan kita dengan emosi keintelektualan dan juga spiritual. 

  • Boleh juga dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemagkan di atas permukaan untuk dijadikaj dokumentasi. Secara tidak langsung lukisan aadalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan spikologi, sejarah dan artistik - ini terbukti pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu aya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.


Rujukan 

https://www.scribd.com/doc/288933858/Definisi-Lukisan