Selasa, 7 Jun 2016

Aplikasi untuk kanak-kanak melukis


Jika dahulu, kanak-kanak menggunakan kertas lukisan untuk melukis tetapi pada zaman kini terdapat aplikasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk melukis. Dengan ada aplikasi ini, kanak-kanak dapat melukis di mana sahaja.

Antara contoh aplikasi seperti :



1. Aplikasi Papan hitam untuk kanak-kanak


 "Papan hitam untuk kanak-kanak" adalah permainan pendidikan dan menghiburkan.

Aplikasi ini merupakan papan hitam mudah alih yang menarik dan mempunyai pelbagai pilihan warna. Umpama seperti papan hitam sebenar tetapi tiada habuk. Mudah untuk belajar dan melukis serta mudah dikawal. Perlu memilih warna yang disediakan di bahagian palet kiri, memilih pemadam untuk memadam warna dan menukar saiz berus. Aplikasi ini dapat memberi inspirasi kepada kreativiti kanak-kanak dan imaginasi di samping mampu membina kemahiran motor halus mereka.








Aplikasi ini sesuai untuk kanak-kanak dari umur 0 sehingga 6 tahun. Ciri-ciri termasuklah seperti :

- Mudah untuk belajar dan mengawal
- Latar hitam atau putih
- Melukis di papan hitam dengan jari
- Warna crayon dari palet kiri
- Pemadam untuk memadam warna
- Dioptimumkan untuk tablet
- Simpan lukisan dan berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga melalui emel, Twitter atau  
Facebook.


2. Aplikasi Kids Paint Easy



Cerita dalam lukisan kanak-kanak




Persekitaran tempat tinggal mempengaruhi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka. Nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni menampakkan imej yang menjadi ekspresi individu sama ada dalam keadaan riang atau sedih.

          Tahap perkembangan kanak-kanak sentiasa terkawal dan mereka tidak pandai menipu walaupun dalam karya seni. Di sini jelaslah menunjukkan yang seni adalah jambatan yang menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitaran.

          Kebanyakan tema dalam pengajaran pendidikan seni berkaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara (Bali, Indonesia, dan Jahut, Malaysia). Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka, sama ada mereka tinggal di kawasan bandar, pinggir bandar mahupun kawasan pedalaman.

         Kanak-kanak yang normal sering belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya. Apabila mereka tinggal dalam suasana yang aman dan damai, mereka berkarya dengan emosi yang tenang dan tanpa pemberontakkan dalam diri.

Sumber : http://padiputeh.blogspot.my/2011/10/dunia-si-kanak-kanak-palestin.html
 Lukisan kebanyakan kanak-kanak Malaysia

Ahad, 22 Mei 2016

Peringkat lukisan kanak-kanak






Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya.



Terdapat beberapa pandangan tokoh terhadap lukisan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Antaranya ialah:

(a) Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2 – 4 tahun)

Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tidak terkawal dan lebih merupakan contengan. Lukisan ini lebih bergantung pada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Walaupun berupa contengan, namun mereka mengenal dan dapat menyebut rupa yang dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa.  Peringkat ini berkembang secara progresif dalam lingkungan umur 2 – 4 tahun.






Definisi Kanak-kanak






Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun hanya di peringkat contengan. Hasil lukisan kanak-kanak biasanya menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya. Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian.

Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak.

Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa.

Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Rujukan : 
http://kumpulansepuluh.blogspot.my/2010/04/pengenalan-dan-definisi-kanak-kanak.html


Apa itu lukisan?





Banyak pengertian tentang lukisan. antaranya: 

  • Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.  

  • Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yangdihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk,cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering. 

  • Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi keintelektual 'spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Lukisan ini dapat mengembangkan kedua (dua minda dan semangat) spirit. Justeru lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengingkatkan kita dengan emosi keintelektualan dan juga spiritual. 

  • Boleh juga dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemagkan di atas permukaan untuk dijadikaj dokumentasi. Secara tidak langsung lukisan aadalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan spikologi, sejarah dan artistik - ini terbukti pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu aya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.


Rujukan 

https://www.scribd.com/doc/288933858/Definisi-Lukisan

Ahad, 20 Mac 2016

Pendidikan




Inovasi pendidikan menurut Ibrahim (1988) adalah inovasi yang berfungsi untuk memecahkan masalah atau inovasi pada bidang pendidikan. Kesimpulannya, inovasi pendidikan adalah suatu gagasan atau ide, metode, barang yang dirasa oleh seseorang atau masyarakat (kelompok orang) sebagai hal yang baru, baik itu berupa hasil penemuan baru (inverse) atau baru ditemukan orang (discovery) yang dipakai dalam mencapai tujuan pendidikan dan memecahkan permasalahan pendidikan.